Cara Membuat
  1. Satukan ketumbar, jintan manis dan jintan putih di dalam mangkuk microwave.
  2. Letak di dalam Panasonic Microwave Oven (NN-CS894B) dan tetapkan Micro Power – High (1000Watt).
  3. Masak selama 1 minit atau sehingga rempah berbau harum. Letak di dalam Panasonic Mixer Grinder (MX-AC400) dan kisar menjadi serbuk.
  4. Letak bahan kisar di dalam bekas blender dan kisar sehingga menjadi pes yang halus. Tambah sedikit minyak jika perlu.
  5. Di dalam bekas kaserol, letak minyak, bahan kisar dan rempah kisar. Masak selama 6 minit dengan Micro Power – High mode, kacau setiap 3 minit.
  6. Masukkan ayam dan kacau. Masak selama 5 minit.
  7. Tuangkan santan, asam gelugur dan kacau. Masak selama 6 minit, kacau selepas 3 minit.
  8. Masukkan kerisik, daun kunyit dan kacau. Teruskan memasak selama 4 minit.
  9. Tambah gula merah dan garam. Kacau rata. Akhir sekali, masak 4 minit lagi kemudian hidangkan.
Bahan-bahan
  • 3 sudu besar ketumbar
  • 1½ sudu besar jintan manis
  • 1½ sudu besar jintan putih
  • 125ml minyak masak
  • 1 kg kepingan ayam
  • 200ml santan (1 kelapa)
  • 2 keping asam gelugur
  • 2 helai daun kunyit, dihiris halus
  • 100g kerisik kelapa
  • 2 sudu besar gula merah
  • Garam secukup rasa
Bahan Kisar
  • 15-20 tangkai cili kering, direndam air panas
  • 2 labu bawang besar
  • 8 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 5cm halia
  • 5cm lengkuas
  • 5cm kunyit
  • 2 batang serai
  • 5 biji buah keras

 

KETUPAT NASI

Cara Membuat
  1. Bersihkan beras dan tuskan.
  2. Isikan 1/3 penuh ke dalam kelongsong ketupat. Buat ikatan pada bahagian terbuka.
  3. Letak ketupat ke dalam Periuk Nasi Eletrik Panasonic (SR-ZX185).
  4. Masukkan air dan tutup periuk.
  5. Tekan tetapan Bubur (Congee / sup) selama 2 jam.
  6. Setelah masak, keluarkan dan biar sejuk sebelum dipotong.
Bahan-bahan
  • 150g beras
  • 8 kelongsong daun ketupat
  • 2 liter air